Khamis, 12 Februari 2015

ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak - Pro dan Contra

Penggunaan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak




Pada zaman kini, penggunaan teknologi semakin berkembang, daripada penggunaan computer hinggalah aplikasi telefon bimbit pintar yang kini mengandungi perisian yang mengandungi permainan yang sesuai dengan kanak-kanak bergantung pada umur dan keupayaan berfikir.

       Sebagai seorang guru, penggunaan aplikasi teknologi ini amat membantu kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan ini akan menyentuh tiga keupayaan deria kanak-kanak yang utama iaitu deria melihat, deria mendengar dan deria sentuhan. Hal ini seterusnya akan meransang minda kanak-kanak agar menjadi lebih cerdik dan kreatif.

       Menurut kajian daripada Kent dan Rakesraw, (1994) komputer menjadi peralatan sebagai bahan mengajar yang baik dan bernilai untuk perkembangan bahasa tanpa memerlukan bilik darjah. Mereka melahirkan generasi yang cerdik pandai, mendedahkan dunia realiti kepada kanak-kanak untuk meneroka untuk menjadi pelengkap penguasaan bahasa.
           Jadi di sini menjadi satu perseoalan, di mana penggunaan ict ini adakah akan membawa kepada kebaikkan atau keburukan kepada dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Sesungguhnya tiap-tiap perkara itu terdapat baik dan buruknya. Bagi saya, bak kata perpatah ' Yang baik jadikan tauladan, Yang buruk jadikan sempadan'
   
            Kepada ibu bapa dan guru, kitalah yang harus memantau pergerakkan kanak-kanak ketika mengunakan ict dalam kehidupan dan pembelajaran. Hal ini disebab ICT menjadi penjana ilmu dunia tanpa sempadan. Hanya menggunakan jari, kita akan dapat ketahui segalanya menerusi ICT sama ada baik atau buruk. 
             Oleh itu, kepada kanak-kanak perlulah dipantau semoga mereka akan memilih perkara yang boleh mendatangkan faedah dan manfaat disamping dapat meningkatkan pengetahuan mereka

Tokoh Pendidikan Awal Kanak-kanak


 


Jean Piaget

Dilahirkan pada 9 Ogos 1896, Switzerland.

 Merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan. 

Memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. 

Meninggal dunia pada tahun 1980









4  konsep utama Teori Piaget
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
       Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.


Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.


Keseimbangan  akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.


         4  Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget

            Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
  • Sensori motor (0-2 tahun)
  • Pra-operasi (2-7 tahun)
  • Operasi konkrit (7-12 tahun)
  • Operasi formal (12 tahun ke atas)

1. Peringkat deria motor/ sensori motor (0-2 tahun)
·         Penggunaan deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan
perkembangan kognitif berkaitan persekitarannya;
·         Pengekalan objek (gambaran objek di dalam memori);
·         Permulaan pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke bentuk asal

2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema baharu (perancangan);
·         Perwakilan sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik)
·         Kemahiran berbahasa kian meluas
·         Tidak mampu menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan
·         Sikap egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
   Implikasi teori dalam P&P
  • Penggunaan BBM yang konkrit;
  • Arahan ringkas dan difahami;
  • Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
  • Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
·         Pemikiran secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit
·         Berkebolehan menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip keterbalikan
·         Penguasaan proses pengelasan berdasarkan trait
·         Penguasaan proses penyusunan secara bersiri;
             Implikasi teori dalam P&P 
          Penggunaan bahan konkrit (3-Dimensi);
  • Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
  • Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
  • Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
  • Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)
·         Pemikiran abstrak
·         Pemikiran sistematik
·         Kebolehan berhipotesis
·         Egosentrik remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan sekeliling).
Implikasi teori dalam P&P
·         Penggunaan bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks
·         Peluang bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah
·         Pengemukaan konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
·      Boleh mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara logik. 
 
Erik Erikson
Teori Psikososial Erikson adalah berdasarkan 5 prinsip utama iaitu
·        setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama
·        perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas individu          terhadap keperluan-keperluan asasnya
·        perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu
·        setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi   supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya
·        kegagalan mengatasi konflik pada satu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.
Perkembangan psikososial Erikson terbahagi kepada lapan.
Peringkat pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan iaitu dari lahir hingga 1 tahun. Bayi perlu mempunyai hubungan yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya hal ini gagal, ketidakpercayaan akan timbul dalam diri kanak-kanak.
Yang kedua ialah peringkat autonomi lawan keraguan iaitu dari umur 1 tahun hingga 3 tahun. Pada peringkat ini perkembangan kanak-kanak tertumpu pada perkembangan fizikal. Sekiranya berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri sendiri.
Pada peringkat ketiga inisiatif lawan rasa bersalah iaitu pada tahap umur 4 hingga 5 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri, sekiranya gagal boleh membawa rasa bersalah.
Seterusnya peringkat industri lawan rasa rendah diri iaitu pada tahap umur 6 hingga 11 tahun. Kanak-kanak pada tahap ini perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan pada tahap ini akan membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan. Identiti lawan kekeliruan identiti ialah peringkat
kelima iaitu untuk golongan yang berumur 12 hingga 18 tahun. Pada peringkat ini, mereka mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.
Peringkat yang seterusnya ialah keintiman lawan keasingan iaitu mereka diperingkat awal dewasa yang berumur 18 hingga 35 tahun. Mula membentuk keintiman dalam perhubungan, menuju kearah perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan pada tahap ini akan membawa perasaan terasing dan tersisih.
Peringkat yang ketujuh ialah peringkat generativiti lawan kekakuan iaitu pertengahan dewasa yang berumur 35 hingga 65 tahun. Pada peringkat ini kehidupan yang berkeluarga dan mempunyai kerjaya yang baik. Kegagalan pada peringkat ini akan membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.
Akhir sekali ialah integriti lawan kekecewaan iaitu peringkat lanjut usia yang berumur 65 tahun ke atas. Kejayaan dalam hidup dan bekeluarga. Kegagalan pada tahap ini akan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan
 
Sumber rujukan : Ilmu Tokoh Kanak-Kanak
( http://suk90.blogspot.com/2013/03/tokoh-tokoh-dalam-perkembangan-awal.html)











Pendidikan Awal Kanak-kanak

      Assalamualaikum dalam salam sejahtera,

         Setelah sekian lama, kini kembali dengan topik iaitu Pendidikan awal kanak-kanak. 
Sebagai seorang guru prasekolah, Pendidikan awal kanak-kanak adalah sinonim dengan prasekolah. 
       Setelah menuntut ilmu di Management Science and University (MSU), Shah Alam dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak telah membuka mata saya bahawa sebagai seorang guru bukan sahaja hanya untuk mengajar, tetapi kita perlu mengenali sikap dan kemahuan kanak-kanak. Ibarat kata-kata seorang pensyarah saya, kanak-kanak itu bukan orang dewasa yang bertubuh kecil. Tetapi mereka adalah bakal membesar menjadi orang dewasa.

           Menurut teori Jean Piaget, perkembangan kanak-kanak bermula sejak dari lahir sehingga 13 tahun. Namun untuk pendidikan awal hanya sampai 5-6 tahun. Hal ini disebabkan kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke atas telah pun memasuki sekolah aliran perdana di negara kita, Malaysia.

         Segala perkembangan diri kanak-kanak itu perlulah dikembangkan secara holistik dan menyeluruh.Perkembangan tersebut ialah perkembangan Jasmani (fizikal), Emosi, Rohani, Intelek, dan Sosial (JERIS). 
          Hal ini sangat penting supaya kanak-kanak ini akan bersedia dari fizikal dan mental untuk menghadapi dunia yang mencabar pada masa hadapan.
         
          Mengapa saya berminat dengan bidang ini?
          Sebagai seorang guru prasekolah, bukan sahaja untuk mengetahui tentang dunia pendidikan awal kanak-kanak tetapi sebagai seorang ibu juga pengetahuan tentang ilmu ini sangat berguna untuk saya mengenali perkembangan anak-anak saya sendiri supaya saya tidak terlalu mengikut emosi jika anak-anak melakukan kesalahan. Disamping itu, saya dapat menggunakan tips untuk murid-murid saya yang juga terdiri daripada kanak-kanak supaya sesi pembelajaran kanak-kanak tersebut lebih menyakinkan dan menyeronokkan.

Jumaat, 17 April 2009

Selamat datang ke pra-ceria-skuyb

Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Selamat datang ke blog prasekolah ceria skuyb (SK. Ulu Yam Bharu)

kepada pembaca, saya ucapkan salam perkenalan. Blog ini mengisahkan tentang aktiviti prasekolah di daerah Hulu Selangor terutamanya untuk SK. Ulu Yam Bharu. Insya Allah. Saya akan menambahkan maklumat di dalam blog nanti. terima kasih.
-liza