Jean Piaget
Merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan.
Memberi tumpuan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
Meninggal dunia pada tahun 1980
4 konsep utama Teori Piaget
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan
individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan
keadaan persekitaran. Skema
adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail
mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum
dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema
itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat
perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila
seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan
menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya.
Seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat
membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya
ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
Asimilasi merupakan
proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau
pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia
ada, iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada.
Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia
sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan
dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya.
Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan
kualitatif.
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
4 Peringkat Perkembangan Kognitif Piaget
Dari
kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut
perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai
peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan
operasi formal.
- Sensori motor (0-2 tahun)
- Pra-operasi (2-7 tahun)
- Operasi konkrit (7-12 tahun)
- Operasi formal (12 tahun ke atas)
1. Peringkat deria motor/ sensori motor
(0-2 tahun)
·
Penggunaan
deria dan pergerakan fizikal sebagai saranan
perkembangan
kognitif berkaitan persekitarannya;
·
Pengekalan
objek (gambaran objek di dalam memori);
·
Permulaan
pemikiran logik dengan aktiviti yang bertujuan serta pengulangan proses ke
bentuk asal
2. Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Penggunaan minda sebagai medium pembentukan skema
baharu (perancangan);
·
Perwakilan
sesuatu objek menerusi simbol (fungsi semiotik)
·
Kemahiran
berbahasa kian meluas
·
Tidak mampu
menguasai proses transformasi, keterbalikan dan penaakulan
·
Sikap
egosentrik (pemahaman persekitaran bersumberkan perspektif sendiri).
Implikasi teori dalam
P&P
- Penggunaan BBM yang konkrit;
- Arahan ringkas dan difahami;
- Penggunaan bahasa kanak-kanak yang sesuai;
- Penyediaan variasi pengalaman pembelajaran.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12
tahun)
·
Pemikiran
secara logik dan masih terikat dengan situasi konkrit
·
Berkebolehan
menguasai konsep pemuliharaan (conservation) yang terdiri daripada tiga prinsip
asas, iaitu; prinsip identiti, prinsip ganti rugi (compensation) dan prinsip
keterbalikan
·
Penguasaan
proses pengelasan berdasarkan trait
·
Penguasaan
proses penyusunan secara bersiri;
Implikasi teori dalam P&P
Penggunaan bahan konkrit
(3-Dimensi);
- Peluang memanipulasi dan menguji deretan objek;
- Pembacaan dan pembentangan mudah kepada kompleks;
- Contoh sesuai dan berkaitan pengalaman pelajar;
- Penyediaan soalan berkaitan logik dan analitik.
4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12
tahun)
·
Pemikiran
abstrak
·
Pemikiran
sistematik
·
Kebolehan
berhipotesis
·
Egosentrik
remaja (susah menerima pendapat orang lain dan merasa sentiasa diperhatikan
sekeliling).
Implikasi
teori dalam P&P
·
Penggunaan
bahan konkrit untuk mengilustrasi konsep yang lebih kompleks
·
Peluang
bermetafizik (sebab-akibat) kepada penyelesaian sesuatu masalah
·
Pengemukaan
konsep yang luas dan tidak terikat kepada fakta-fakta.
·
Boleh
mengaitkan simbol-simbol matematik dalam menyelesaikan masalah secara
logik.
![]() |
| Erik Erikson |
Teori
Psikososial Erikson adalah berdasarkan 5 prinsip utama iaitu
·
setiap individu mempunyai keperluan asas yang sama
·
perkembangan individu bergantung kepada tindakbalas
individu terhadap
keperluan-keperluan asasnya
·
perkembangan individu mengikut tahap-tahap tertentu
·
setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti
diatasi supaya individu dapat berfungsi dengan baik dalam tahap berikutnya
·
kegagalan mengatasi konflik pada satu tahap akan
menjejaskan perkembangan tahap
yang berikutnya.
Perkembangan
psikososial Erikson terbahagi kepada lapan.
Peringkat
pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan iaitu dari
lahir hingga 1 tahun. Bayi perlu mempunyai hubungan
yang erat, mendapat kasih sayang dan kepercayaan daripada penjaga. Sekiranya hal ini gagal, ketidakpercayaan akan
timbul dalam diri kanak-kanak.
Yang kedua
ialah peringkat autonomi lawan keraguan iaitu dari umur 1 tahun hingga 3 tahun. Pada peringkat ini perkembangan kanak-kanak tertumpu
pada perkembangan
fizikal. Sekiranya
berjaya dan menerima sokongan menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri
sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri sendiri.
Pada
peringkat ketiga inisiatif lawan rasa bersalah iaitu pada tahap umur 4
hingga 5 tahun. Pada tahap
ini, kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk
melakukan sesuatu sendiri, sekiranya
gagal boleh membawa rasa bersalah.
Seterusnya peringkat industri
lawan rasa rendah diri iaitu pada tahap umur 6 hingga 11 tahun. Kanak-kanak pada tahap ini perlu menguasai
kemahiran-kemahiran tertentu di alam persekolahan, kegagalan pada tahap ini akan membawa rasa rendah
diri dan tiada keupayaan. Identiti lawan kekeliruan identiti ialah peringkat
kelima iaitu untuk golongan yang berumur
12 hingga 18 tahun. Pada
peringkat ini, mereka mencari identiti diri bagi golongan remaja dalam
pekerjaan, kemahiran, jantina dan bersosial.
Peringkat
yang seterusnya ialah keintiman lawan keasingan iaitu mereka
diperingkat awal dewasa yang berumur 18 hingga 35 tahun. Mula membentuk keintiman dalam perhubungan, menuju kearah
perkahwinan dan membina kerjaya. Kegagalan
pada tahap ini akan membawa perasaan terasing dan tersisih.
Peringkat
yang ketujuh ialah peringkat generativiti lawan kekakuan iaitu pertengahan
dewasa yang berumur 35 hingga 65 tahun. Pada
peringkat ini kehidupan yang berkeluarga dan mempunyai kerjaya yang
baik. Kegagalan pada peringkat ini akan
membawa kepada perasaan mementingkan diri sendiri.
Akhir sekali
ialah integriti lawan kekecewaan iaitu peringkat lanjut usia yang berumur 65
tahun ke atas. Kejayaan dalam hidup dan bekeluarga. Kegagalan
pada tahap ini akan membawa kepada kesedihan dan kekecewaan
Sumber rujukan : Ilmu Tokoh Kanak-Kanak
( http://suk90.blogspot.com/2013/03/tokoh-tokoh-dalam-perkembangan-awal.html)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan