Pada zaman kini, penggunaan teknologi
semakin berkembang, daripada penggunaan computer hinggalah aplikasi telefon
bimbit pintar yang kini mengandungi perisian yang mengandungi permainan yang
sesuai dengan kanak-kanak bergantung pada umur dan keupayaan berfikir.
Sebagai seorang guru, penggunaan aplikasi
teknologi ini amat membantu kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran.
Penggunaan ini akan menyentuh tiga keupayaan deria kanak-kanak yang utama iaitu
deria melihat, deria mendengar dan deria sentuhan. Hal ini seterusnya akan
meransang minda kanak-kanak agar menjadi lebih cerdik dan kreatif.
Menurut kajian daripada Kent dan
Rakesraw, (1994) komputer menjadi peralatan sebagai bahan mengajar yang baik
dan bernilai untuk perkembangan bahasa tanpa memerlukan bilik darjah. Mereka
melahirkan generasi yang cerdik pandai, mendedahkan dunia realiti kepada
kanak-kanak untuk meneroka untuk menjadi pelengkap penguasaan bahasa.
Jadi di sini menjadi satu perseoalan, di mana penggunaan ict ini adakah akan membawa kepada kebaikkan atau keburukan kepada dunia pendidikan awal kanak-kanak.
Sesungguhnya tiap-tiap perkara itu terdapat baik dan buruknya. Bagi saya, bak kata perpatah ' Yang baik jadikan tauladan, Yang buruk jadikan sempadan'
Kepada ibu bapa dan guru, kitalah yang harus memantau pergerakkan kanak-kanak ketika mengunakan ict dalam kehidupan dan pembelajaran. Hal ini disebab ICT menjadi penjana ilmu dunia tanpa sempadan. Hanya menggunakan jari, kita akan dapat ketahui segalanya menerusi ICT sama ada baik atau buruk.
Oleh itu, kepada kanak-kanak perlulah dipantau semoga mereka akan memilih perkara yang boleh mendatangkan faedah dan manfaat disamping dapat meningkatkan pengetahuan mereka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan